Badal Haji

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA :

Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata :
“Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”.
Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”.
Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan”.

Hadith di atas menunjukkan bahawa menggantikan haji bagi orang yang telah meninggal dunia hukumnya adalah wajib, sama ada telah diwasiatkan oleh si mati atau tidak.
Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Syafie.

Perkhidmatan Badal Haji adalah wajib kepada waris ahli keluarga yang telah berikrar untuk menunaikan haji tetapi meninggal dunia sebelum dapat memenuhi janjinya untuk menunaikan ibadah haji ataupun orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Perkhidmatan Badal Haji di Tradewinds Travel Services hanya dihadkan kepada waris seseorang yang telah meninggal dunia sebelum dapat menunaikan ibadah haji sahaja.  Ini adalah disebabkan ketiadaan Jawatankuasa Penasihat Syariah untuk mengesahkan keadaan orang yang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh,.





Soal Jawab Badal Haji